Saturday, September 4, 2010

Diari

Ahad, Bangun Jam 12 tengah hari, bangun sahaja terus mama belikan nasi goreng then aku pun makan. Lepas makan buat revision add maths. susahnya. tapi aku tetap cuba untuk selesaikan seberapa soalan yang aku boleh jawap. lepas jawap aku pun kemas rumah. Menyapu lantai buat sekian kali walaupun kelmarin sudah aku sapu dan lap tapi aku nampak masih ada abu. lepas kemas rumah. aku duduk di luar rumah menghadap bukit yang ada di depan rumahku. dalam fikiran ( akanku rindu tempat ini ) munkin akhir tahun ini aku meninggalkan tempat ini sudah. Sungguh indah tempat ini hinggaku terpukau dengan keindahannya.Sebelum aku meninggalkan tempat ini mungkin aku patut meminta maaf dengan kawan-kawanku dan berterima kasih atas kesudiaan untuk menemani aku sepanjang masa ini.Mungkin bagi mereka aku ini angkuh dan bersikap buruk. Tapi aku bukannya seperti itu.Tapi tidak apalah, apapun bila tiba masanya aku pergi, aku akan minta maaf dengan mereka yang beranggap buruk tentang aku.Ermm, rindu pula dengan seorang ini. Bila aku terbayang mukanya aku terus tersenyum. Dialah yang buat hariku cerah dan mendung.Kenangan bersama tidak akanku lupa sebab dialah orangnya yang aku sayang sangat tapi sekarang hubungan aku dan dia sudah pun retak dan tidak mungkin akan bersama lagi. Namun, aku hanya boeh berdoa untuk dia agar dia tabah menghadapinya.Asal aku pegang handphone mesti aku rasa ingin taip sesuatu dengan seseorang. aku pun hairan, apa yang aku patut taip sedangkan simkad tuh telah luput tarikhnya. sambil bersenyum. Bila tibanya aku ke KLIA, pertama yang aku harus hubungi ialah papa aku. Aku sangat rindu dia dan aku mahu minta maaf dengannya sebab beberapa hari ini aku tiada angkat panggilannya. Aku tahu dia pasti risau akan aku.Dalam beberapa hari ini aku stress sangat, sebab tulah aku tidak angkat panggilannya.Bila aku stress, aku tidak makan hanya minum air saja.Mujur lah sekarang semua pun sudah pulih bentuk hati orangnya. (sambil senyum) Alangkah baiknya aku dapat senyum selalu. Ramai orang kata aku ini manis bila bersenyum. ( tidak heran ) semua orang pun berkelihatan manis bila bersenyum. itu bagi untuk akulah.Tamat saja SPM nanti, mungkin aku dan rakan-rakan akan mangadakan pesta jamuan sempena graduate school. Mungkin masa itu juga aku harus meminta maaf dan berterima kasih kepada rakan-rakan dan guru-guru kerana sudi menabur ilmu pengetahuan, nasihat, pengajaran, dan pertolongan.Aku akan ingat kenangan manis tempat ini. Tempat ini lah yang membina aku, tanpa tempat ini aku tidak mengerti apa-apa.

No comments:

Post a Comment